RM925 juta dana berkaitan 1MDB sudah dikembalikan

Sebanyak RM925.1 juta dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dikembalikan kepada pihak kerajaan setakat ini. Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam kenyataan media hari ini, berkata, dana tersebut diperolehi dalam mata wang pelbagai denominasi.