Tutup

RISDA minta kerajaan paten ketum sebagai hak negara

Pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) meminta kerajaan mempatenkan segera pokok ketum sebagai hak negara ini walaupun penanamannya untuk dikomersialkan sudah dilarang. Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, ada permintaan dari beberapa universiti tempatan agar ketum dipatenkan sehingga kajian saintifik dijalankan.