'Rendang Soraya' buah tangan Petronas sempena Aidilfitri

Meneruskan tradisi kecemerlangan iklan hari perayaannya setiap tahun, Petronas tampil dengan filem web sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Mengetengahkan tema anugerah kita, filem bertajuk Rendang Soraya itu memaparkan bukan sahaja elemen kemeriahan hari raya, tetapi juga kekeluargaan, persahabatan dan kekitaan.