Tutup

Remaja gantung diri selepas mengadu banyak kerja sekolah

Selepas mengadu mengenai kerja sekolah yang terlalu banyak, seorang remaja berusia 13 tahun, dipercayai bertindak mengantung diri di dalam bilik air rumahnya, pada malam Sabtu. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.55 malam di flat Jalan Paya Terubong, Taman Sri Relau, George Town. Mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.