Tutup

Remaja dakwa kali pertama guna lebuh raya ketika kemalangan

Remaja perempuan yang dituduh memandu secara melawan arus, hingga menyebabkan kematian seorang juruteknik dua tahun lalu, mendakwa kali pertama menggunakan lebuhraya ketika kejadian. Ng Pei Ven, 21, berkata demikian dalam bahasa mandarin melalui jurubahasa mahkamah ketika sesi soal jawab untuk membela diri di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, siang tadi.