Ramai teruja dapat saksikan fenomena gerhana bulan separa

Fenomena gerhana bulan separa atau dikenali sebagai ?partial lunar eclipse? yang menjelma pada pagi Rabu, ternyata dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Rata-rata pengunjung mula berkumpul di planetarium negara pada 2 pagi bagi menyaksikan sesi pencerapan planet Zuhal dan Musytari sebelum berlakunya gerhana bulan separa.