Tutup

Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguhkan lawatan ke Selatan Thailand

Rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan lawatan ke Selatan Thailand dalam tempoh beberapa hari susulan dua serangan di pos kawalan keselamatan mengakibatkan 15 anggota sukarelawan maut, termasuk dua wanita. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, walaupun tiada laporan setakat ini samada rakyat Kelantan terlibat, namun langkah keselamatan perlu diberikan perhatian.