Punca pekerja binaan terbunuh di Pengerang dalam siasatan

Punca sebenar kejadian seorang pekerja warga Bangladesh terbunuh apabila sebuah jambatan yang sedang dibina di jalan Pengerang, Kota Tinggi, Johor, runtuh pada Ahad, masih belum diketahui. Dalam satu kenyataan, Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan dan siasatan masih belum sempurna.