Projek TRX diteruskan

Kabinet memutuskan untuk meneruskan projek bangunan Tun Razak Exchange (TRX) walaupun lebih RM3 bilion dana kerajaan untuk TRX City Sdn Bhd (TRXC) diselewengkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan bersetuju menyiapkan projek TRX dengan memperuntukkan dana tidak lebih RM2.8 bilion kepada TRXC.