Premis proses todi kotor diarah tutup sementara

Terlalu kotor, ada tikus mati di dalam salah satu tong menyebabkan sebuah premis memproses todi di Pusing, Perak diarahkan tutup sementara. Menurut Exco Perak A Sivanesan yang mempunyai lesen Kastam dan pihak berkuasa tempatan diarahkan tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.