Tutup

Prasarana akan panggil pengeluar kabel elektrik LRT

Prasarana Malaysia Berhad akan memanggil pengeluar kabel elektrik bagi mengenalpasti punca kegagalan membekalkan tenaga elektrik secukupnya bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya. Presiden Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata siasatan awal mendapati kabel elektrik di laluan itu uzur sebelum tempohnya tamat 20 tahun.