Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pramugara, pramugari hilang 70 peratus pendapatan bulanan susulan COVID-19

Karier anak kapal penerbangan (pramugara, pramugari) menerima tempias besar susulan pandemik COVID-19 apabila mereka hanya menerima 30 peratus daripada pendapatan bulanan mereka. Jelas Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Penerbangan Malaysia (NUFAM), Ismail Nasarudin, ini kerana 70 peratus pendapatan anak kapal ini bergantung kepada elaun penerbangan. Susulan itu, mereka digalakkan pelajari skill baharu untuk menampung perbelanjaan bulanan yang terjejas.