Polis Terengganu tumpaskan taktik air ketum sejuk beku

Polis Terengganu membongkar taktik terbaharu penjual air ketum yang memasarkan minuman itu secara sejuk beku. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata taktik baharu itu terbongkar susulan penahanan tiga lelaki bersama 370 botol air ketum sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM3,700 di Kemaman pada Khamis.