Tutup

Polis siasat kes pelajar UniMAP hilang

Polis Perlis sedang cuba mengesan seorang pelajar dari Universiti Malaysia Perlis UniMAP yang didakwa hilang lebih 24 jam lalu. Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengesan Tuan Ahmad Amar Tuan Azlan, 23 tahun yang dipercayai tidak pulang ke kediaman pelajar Unicity Alam di Sungai Chuchuh, Padang Besar, sejak 8 malam Khamis.