Tutup

Polis kedah kenal pasti 16 lokasi panas daerah Kuala Muda

Sebanyak 16 lokasi panas dikenalpasti di daerah Kuala Muda, membabitkan dua kawasan Parlimen dan lima Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diberikan tumpuan sewajarnya oleh polis menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, lokasi berkenaan dikategorikan sebagai 'panas' susulan kepadatan pengundinya yang melebihi 3,000 orang, yang dibimbangi boleh tercetusnya kejadian tidak diingini.