Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

PKP: Tiada bazar Ramadan di Melaka

Kerajaan negeri Melaka mengikuti langkah beberapa kerajaan negeri lain membatalkan penganjuran bazar Ramadan di negeri berkenaan dalam usaha mengekang penularan COVID-19. Ia juga memutuskan menangguhkan solat Jumaat dan solat Tarawih dan pengagihan bubur lambok bagi sepanjang tempoh PKP. Perkara berkenaan dimaklumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali menerusi satu kenyataan.