Pindaan Perlembagaan Persekutuan

Barisan Ahli Parlimen Kerajaan dan Blok Pembangkang mencipta sejarah apabila memberi sokongan majoriti lebih dua pertiga bagi meluluskan Rang Undang-undang (Pindaan) 2019, di Dewan Rakyat, hari ini. Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof ketika mengumumkan perkara itu berkata, seramai 211 ahli menyokong, melebihi jumlah yang diperlukan iaitu 148 orang.