Piagam UMNO-Pas boleh beri kesan kepada kerajaan PH

UMNO dan Pas perlu menghormati setiap janji yang dimeterai dalam kandungan piagam kerjasama kedua-dua parti itu yang bakal diwujudkan dalam masa terdekat. Menurut Pensyarah Ekologi Manusia Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, ia bagi memastikan kelangsungan jangka hayat hubungan kedua-dua parti tersebut bertahan lama.