Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

PH gesa PN tangkap Jho Low

Pakatan Harapan (PH) hari ini menggesa agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera menangkap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa ada kaitan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia harus dilakukan segera oleh kerajaan PN yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikan.