Tutup

PH akan tingkatkan usaha menangi hati rakyat

Pakatan Harapan (PH) akan tingkatkan usaha untuk menangi semula hati rakyat. Demikian luahan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis yang berpihak kepada Barisan Nasional. Tegasnya, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad, malah beliau sendiri dan kepimpinan PH akan memikirkan langkah yang lebih berkesan untuk menawan semula hati rakyat.