Tutup

Persiapan Tahun Baharu Cina

Lebih 300 keluarga masyarakat Cina di kawasan luar bandar di Kelantan giat membuat persiapan bagi menyambut ketibaan tahun baharu. Tinjauan di Kampung Baru, Gua Musang mendapati, masyarakat Cina telah membuat persiapan lebih awal sejak sebulan lalu apabila sudah membeli hiasan, pakaian dan kuih tradisional.