Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Perkembangan banjir di Kelantan

Lebih 300 penduduk orang asli di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di Gua Musang, Kelantan terputus hubungan apabila jambatan Sungai Lebir, tenggelam sejak petang semalam. Kejadian hujan berterusan sejak tiga hari lalu menyebabkan jambatan yang menghubungkan kampung terbabit tenggelam sedalam tiga meter bermula pukul 3 petang. Untuk perkembangan ini dan terkini keadaan banjir di Kelantan, terus sahaja bersama wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad.