Tutup

Perbincangan mendalam sebelum rombak kabinet

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan beliau yakin perbincangan lebih mendalam dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan diadakan sebelum sebarang tindakan merombak barisan kabinet diambil. Beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya bercakap secara umum mengenai cadangan tersebut tetapi perbincangan lebih terperinci diperlukan sebelum mengambil tindakan berkenaan.