Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Penyampai berita Astro AWANI bergelar isteri

Penyampai Astro AWANI, Khairunnisa Kasnoon menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihannya petang tadi. Dengan sekali lafaz, Khairunnisa selamat bergelar isteri kepada Izhar Ilyas. Majlis akad nikah berlangsung selepas solat Zuhur, di Hulu Langat. Pasangan ini dinikahkan oleh adik lelaki Khairunnisa, Aizat Kasnoon, dengan mas kahwin bernilai RM300. Mempelai diraikan dalam satu majlis resepsi malam ini.