Tutup

Penolong Pegawai Tadbir MPHTJ didakwa pecah amanah lebih RM320,000

Seorang bekas Penolong Pegawai Tadbir di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Melaka atas sembilan pertuduhan pecah amanah berjumlah tiga ratus dua puluh tujuh ribu, lapan ratus empat puluh empat ringgit lima puluh sen antara 2015 hingga tahun lepas. Di Mahkamah Sesyen pertama, Nada Aimi Rahman, 34 tahun, minta dibicarakan terhadap enam pertuduhan melibatkan tiga ratus lapan ribu, sembilan ratus lapan puluh tujuh ringgit yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Norma Ismail.