Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Peningkatan kes malaria di Ampang

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam bercadang menutup kawasan hutan berhampiran Taman Saga dan Taman Bukit Hatamas berikutan kes malaria di kedua-dua kawasan itu meningkat dengan mendadak. Tindakan itu bergantung kepada jumlah kes malaria yang dicatatkan dalam masa terdekat. Ketika negara sedang melawan COVID-19, tanpa sedar, berlaku pula peningkatan kes malaria. Bersama kita ketika ini ialah Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman untuk mengupas mengenai peningkatan kes malaria.