Pengumuman calon Barisan Nasional Perak

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dicalonkan Barisan Nasional (BN) untuk kekal mempertahankan kerusi Parlimen Tambun. Ia diumumkan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam Majlis Pengumuman Calon BN Perak di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini. Hadir sama adalah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kekal bertanding di Parlimen Bagan Datuk.