Penggunaan vape murid sekolah membimbangkan

Penggunaan vape dalam kalangan murid sekolah ketika ini membimbangkan! Setiausaha Agung Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, pemantau dan tindakan harus dilakukan segera termasuk larangan penjualan kepada kanak-kanak dan pelajar sekolah. Sha'ani mengulas berikutan trend membimbangkan itu sudah melarat ke peringkat murid sekolah rendah.