Pengerusi MPKK direman atas tuduhan ceroboh dan cabul jiran

Seorang Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di daerah Melaka Tengah direman empat hari bermula hari ini atas tuduhan menceroboh dan mencabul suri rumah warga Indonesia di rumahnya Isnin lalu. Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 51 tahun itu dikeluarkan Majistret, Teoh Shu Yee mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan Kerana Menceroboh dan Seksyen 354 Kanun Sama kerana mencabul kehormatan.