Tutup

Penganggur nafi rotan & ugut simbah asid pada isteri

Penganggur nafi rotan, ugut simbah asid isteri. Gara-gara merotan serta mengugut untuk membunuh dan menyimbah asid terhadap isterinya, seorang bapa empat anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini. Tertuduh Mohd Saliheen Bakar, 35 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Hakim Norma Ismail.