Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Penerbangan MH132 MAS terima dua laluan berbeza

Penerbangan MH132 Malaysia Airlines dari Auckland, New Zealand ke Kuala Lumpur yang dilaporkan menuju haluan yang salah pada 24 Dis menerima dua laluan berbeza. Malaysia Airlines Bhd, dalam satu kenyataan pada malam Ahad berkata, MH132 diberikan pelan penerbangan terbaharu oleh Pusat Dispatch Operasi (ODC) sementara menara kawalan Trafik Udara Auckland (ATC) telah dengan tidak sengaja diberikan pelan penerbangan yang lebih awal.