Tutup

Pencarian MH370 di dasar laut selesai Jun 2016

Pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 di dasar laut di Lautan Hindi dijangka selesai sekitar Jun 2016. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, daripada kawasan pencarian seluas 120,000km persegi, lebih 80,000km persegi kawasan di dasar laut berkenaan sudah diterokai dalam misi pencarian, setakat ini.