Penagih dadah harus dirawat, bukan dihumban ke penjara

Bagi Pengarah Pusat Penyelidikan Dadah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr B. Vicknasingam, tindakan menghukum penagih dan mengaitkan mereka dengan jenayah bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah itu, malah boleh mengundang pelbagai kesan negatif. Sebaliknya, tegas beliau, penagih dadah perlu dirawat dan bukannya dikenakan hukuman.