Tutup

Pemergian Yus Jambu, rakan artis kongsi kesedihan

Difahamkan Pak Yus mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program 'Raja Band' di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Ahad. Menurut portal Astro Gempak, arwah Pak Yus meninggal dunia pada pukul 12.15 pagi tadi di Hospital Selayang akibat serangan jantung. Sejurus berita pemergian arwah tersebar, peminat dan rakan artis membanjiri laman sosial untuk mengucapkan takziah atas pemergian pak yus yang disifatkan sebagai artis serba boleh itu.