Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pelancongan rugi RM9 bil, MOTAC rancang aktif semula industri

Pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara dan dunia pada masa ini telah memberi impak negatif ke atas industri pelancongan negara. Nilai kerugian dianggarkan melebihi RM9 bilion bagi tempoh Januari hingga Mac 2020. Ini membabitkan sektor seperti penginapan, pengangkutan, beli-belah, makanan dan minuman serta penganjuran acara perniagaan.