Pelaksanaan sistem pangkalan data rumah mampu milik awal 2020

Sistem pangkalan data akan diwujudkan bagi memudahkan kerajaan mengenal pasti mereka yang layak untuk memiliki rumah mampu milik serta mengelak pertindihan permohonan. Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri diminta menyerahkan data permohonan bagi mengemaskini sistem berkenaan.