Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pelajar sekolah rendah, Tingkatan Satu-Empat kembali ke sekolah

Hampir empat bulan tidak menjejakkan kaki ke sekolah, kini giliran pelajar Tingkatan Satu hingga Empat, murid tahun lima dan enam serta pelajar kelas peralihan pula kembali ke sesi persekolahan hari ini. Penutupan semua sekolah dan institusi pengajian tinggi dibuat sejak pertengahan Mac lalu susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat ancaman pandemik COVID-19.