Tutup

PDRM rampas dadah 12 tan bernilai RM2.4 bilion

Dua perpuluh empat billion ringgit! Itu nilai dua belas tan dadah yang dirampas Polis diRaja Malaysia di Pulau Pinang. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, rampasan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di Pelabuhan Butterworth itu berjaya menemui 60 guni dadah yang dicampur dengan ketulan arang batu di dalam tiga buah kontena.