Pas - UMNO bakal metrai piagam kerjasama selepas Aidilfitri

Kerjasama UMNO dan PAS bakal diperkukuhkan lagi melalui satu dokumen rasmi melalui pembentukan satu piagam kerjasama, yang akan dimeterai kedua-dua parti berkenaan tidak lama lagi. Menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, draf piagam tersebut yang kini diteliti di peringkat akhir oleh jawatankuasa tertinggi kedua-dua parti dijangka ditandatangani selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.