Tutup

Pahang mungkin jadi tapak pelupusan sisa Lynas

Pahang mungkin dipilih menjadi lokasi tempat pembuangan sisa dari projek Lynas, sekiranya ia diputuskan selamat oleh pakar. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Lynas Corporation bersetuju untuk mewujudkan tapak pelupusan kekal bagi mengelak sebarang kemudaratan kepada penduduk. Pada 15 Ogos lalu kerajaan bersetuju untuk menyambung lesen operasi Lynas dengan syarat ia mewujudkan tapak pelupusan kekal bagi sisa buangan radioaktif.