Pabuk kini badai Thailand dan Selat Melaka

Selepas membadai perairan Pantai Timur Malaysia pada Rabu, ribut Tropika Pabuk kini dilaporkan berada kira-kira 55 kilometer ke barat daya Surat Thani, Thailand. Malah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menyatakan ribut itu sedang bergerak ke arah barat negara itu dengan kelajuan 15km sejam.