Op Selamat 14: Pendekatann polis trafik berjaya kurang kadar kemalangan

Tiga pendekatan yang diambil Jabatan Siasatan Polis Trafik (JSPT) Kuala Lumpur berjaya menurunkan kadar kemalangan jalan raya di ibu negara sepanjang Op Selamat 14 dijalankan sempena Tahun Baharu Cina. Tiga pendekatan itu ialah perkhidmatan meleraikan kesesakan lalu lintas, advokasi kepada orang ramai berkenaan lalu lintas serta langkah penguatkuasaan.