Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

NORMAL BAHARU: Pernikahan di Sabah

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan, orang awam dibenarkan menjalankan aktiviti luar dan menjalankan urusan mengikut Standard Prosedur Operasi (SOP) ditetapkan. Susulan itu, pernikahan turut dibenarkan, termasuk di Sabah. Bagaimanapun, majlis pernikahan hanya dibenarkan dijalankan di pejabat agama sahaja.