Tutup

Nama pasukan petugas khas akan diumum dalam masa seminggu - Muhyiddin

Nama anggota pasukan petugas khas untuk menyiasat laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh Keng Joo akan diumumkan dalam masa seminggu. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata susulan itu, mereka akan diberikan tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhan untuk melengkapkan siasatan.