Tutup

Nafi tabur 'gula-gula': Peruntukan dilulus lebih awal - Salahuddin

Datuk Seri Salahuddin Ayub mempertahankan tindakannya mengumumkan peruntukkan RM3 juta bagi projek naik taraf tiga jeti nelayan di Parlimen Tanjung Piai, walaupun dikecam blok pembangkang. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menegaskan sebagai menteri beliau berhak membuat sebarang pengumuman berdasarkan peruntukan diberikan kerajaan kepada kementeriannya, asalkan ia dapat membantu dan menggembirakan rakyat.