Mydin lebarkan sayap ke Sarawak

Kerajaan Sarawak mempelawa Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) memperluaskan operasi rangkaian pasar raya ke bandar lain di negeri ini. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata selain memudahkan rakyat membeli keperluan harian, pasar raya besar dikendalikan syarikat ini berpotensi dijadikan instrumen promosi dan pemasaran produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak.