Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

MTUC sambut baik respon positif kerajaan

Kerajaan patut mempertimbangkan meminda beberapa perkara yang diperuntukkan dalam akta kerja jika serius dalam usaha untuk mengamalkan sistem bekerja enam jam sehari di Malaysia. Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Kishnam berkata pihaknya menyambut baik reaksi daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa yang menyatakan kerajaan akan mengkaji kesesuaian mengurangkan bilangan jam bekerja dalam sehari.