Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

MKN keluar SOP lebih tegas untuk kawal pergerakan mereka yang degil

Majlis Keselamatan Negara (mkn) mengeluarkan Prosedur Operasi Standard SOP baharu, khususnya dalam meningkatkan tahap ketegasan pihak berkuasa untuk mengawal pergerakan masyarakat. Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, langkah itu perlu dibuat memandangkan masih ada segelintir rakyat mengambil Perintah Kawalan Pergerakan secara sambil lewa, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa mengawal secara total penularan wabak COVID-19 di negara ini.