Mercedes-Benz Malaysia catat jualan tertinggi

Mercedes-Benz Malaysia mencatatkan rekod jualan tertinggi dalam sejarahnya dengan peningkatan 56 peratus bagi tahun 2015. Syarikat tersebut berjaya memecah rekodnya dengan menjual 10 ribu 485 kenderaan. Peningkatan ini disumbangkan oleh jualan tinggi bagi model E-class dan C-class yang meningkat 75 peratus daripada tahun sebelumnya. Ikuti rakaman temu bual wartawan Malik Ridhwan bersama Naib Presiden Kenderaan Penumpang, Jualan Dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia Mark Raine.