Tutup

Masyarakat perlu diberikan pendedahan penyakit jantung dan diabetes

Ramai beranggapan diabetes akan menyebabkan ada masalah penglihatan, masalah buah pinggang dan kerosakan anggota badan yang akhirnya akan menyebabkan amputasi. Namun bahaya lain yang perlu disedari adalah penyakit kardiovaskular yang dikatakan lebih 50 peratus pesakit diabetes maut disebabkan penyakit jantung. Namun usaha seperti kempen untuk beri kesedaran ini perlu diperluas agar setiap individu dapat menjaga kesihatan mereka. Dengarkan ulasan Pakar Perunding Endokrinologi Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein dan anda boleh layari laman sesawang foryoursweetheart.my!